Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Wajah Pendidik SK Tanjong Malim
Pusat Sumber Suluh Budiman

Tuesday 10 January 2017

Penyerahan Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Miskin SK Tanjong Malim

اَلْحَمْدُلِلّهِ Pada tanggal 6 Januari 2017 yang lepas, telah diadakan penyerahan sumbangan daripada Koperasi Malim Jaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada anak yatim dan miskin sekolah. Sumbangan ini berbentuk beg sekolah, peralatan sekolah dan duit. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Koperasi Malim Jaya dan UPSI atas pemberian sumbangan yang cukup bermakna buat anak-anak SKTM ini. Moga segala jasa baik yang diberikan akan dibalas di akhirat sana. Terpancar keceriaan anak-anak ini untuk meneruskan pembelajaran di sekolah ini. Penyerahan sumbangan ini telah diserahkan oleh En Zakaria bin Abdullah Sani (PK Pentadbiran) dan En Kharol Hafizan bin Khalid (PK HEM). Sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Kebajikan Anak Yatim dan Miskin SK Tanjong Malim, Puan Azimah dan Ustazah Nashrah yang telah bertungkus lumus menguruskan anak-anak ini.جَزَاكَ اللّهُ

No comments:

Post a Comment