Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Pusat Sumber Suluh Budiman
Sunday, 22 January 2017
LAMBAIAN KASIH EN SAHARIDUN DAN EN FAIRUZ SERTA MAJLIS POTLUCK HARI LAHIR GURU DAN STAF BULAN JANUARI
20JAN - Hari yang penuh dengan air mata buat warga SK Tanjong Malim, apabila kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi dan komited sepanjang berada di sekolah ini. En Saharidun A.Rani telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum dan akan memulakan tugas sepenuhnya pada minggu hadapan di Sekolah Kebangsaan Proton City. Cikgu Fairuz pula, yang baru 3 minggu di sekolah ini pula bertukar ke SK Bikam disebabkan perjalanan rumah ke sekolah ini agak jauh. Sekelip mata sekolah ini kehilangan 2 orang guru lelaki, dimana sekolah ini amat ketandusan guru lelaki. Walaupun agak berat untuk melepaskan, namun demi anak bangsa tercinta kami warga SKTM redha atas perpisahan ini. Namun, walau jauh dimata tetapi kalian tetap dekat dihati.
Selepas ucapan perpisahan, guru dan staf menikmatai hidangan potluck dan sesi memberi hadiah hari lahir Januari telah dijalankan oleh BAKES.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment