Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Wajah Pendidik SK Tanjong Malim
Pusat Sumber Suluh Budiman

Monday 9 January 2017

9 Jan 2017 - Perhimpunan Rasmi Kali-1 Tahun 2017 Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Pagi ini telah dijalankan Perhimpunan Rasmi Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim buat kali-1 bagi Tahun 2017.Nampak keceriaan buat seluruh warga sekolah terutama sianak kecil yang bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan pada minggu kedua tahun 2017. Untuk julung kali juga seluruh warga guru SKTM hari ini mengenakan pakaian rasmi setiap isnin. Nampak segak, cantik dan penuh dedikasi warga pendidik SKTM pada hari ini.Pada hari ini juga, guru disiplin cikgu Mohd Daud telah menyentuh beberapa perkara yang melibatkan disiplin antaranya : a)datang awal ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi. b)meminimumkan keluar masuk kelas sewaktu PdP berjalan, bagi mengelakkan murid tertinggal pelajaran. c)penggunaan tandas guru hanya untuk guru sahaja, murid dilarang sama sekali menggunakan tandas guru dan staf. Tuan guru besar, Puan Azuraniza Abu Samah dalam ucaptamanya juga ada menekankan beberapa perkara, antaranya : a)warga sekolah harus seriring dengan visi dan misi sekolah, agar kejayaan sekolah dapat diraih. b)murid-murid dan guru juga digesa untuk mentransformasikan diri untuk menjadi insan yang lebih mampan dan menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sekolah. c)murid-murid harus melangkah hadir ke sekolah dengan azam yang kuat untuk memperbaiki diri dan menambah ilmu pengetahuan. d)semua warga SKTM perlu mengembleng tenaga bagi memastikan SKTM terus unggul dan menjadi sekolah yang menjadi sebutan dan rebutan ramai. Disamping itu,tuan guru besar juga mengucapkan jutaan terima kasih buat seluruh warga guru yang sentiasa komited dan masih utuh bersama di sekolah ini untuk meneraju lebih banyak kejayaan pada tahun 2017 ini.

1 comment: