Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Wajah Pendidik SK Tanjong Malim
Pusat Sumber Suluh Budiman

Tuesday 10 January 2017

Lambaian Kasih Cikgu Norhayati bt Isa...

9 Jan 2017- dengan rasminya penyerahan watikah persaraan buat Cikgu Norhayati bt Isa. Cikgu Norhayati seorang guru yang sangat hebat dan dedikasi sepanjang berada di SK Tanjong Malim. Sikap keibuannya cukup tinggi terutama dalam mengajar dan mendidik anak-anak istimewa kami. Sesungguhnya warga SKTM kehilangan sebutir permata yang sangat bersinar. Cikgu Norhayati memohon untuk bersara awal dalam bidang pendidikan, untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada anak istimewanya. Demimu anak ibu sanggup meninggalkan profesion yang sangat mulia ini. Buat Cikgu Norhayati, kami akan sentiasa mengingati dan merindui cikgu selepas ini. Jangan lupa untuk menjenguk kami di sini lagi. Sayonara Cikgu Norhayati, moga pengorbananmu ini Allah gantikan sesuatu yang indah di akhirat sana. Lambaian Kasih Setulus Budi...PN NORHAYATI BT ISA

No comments:

Post a Comment