Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Wajah Pendidik SK Tanjong Malim
Pusat Sumber Suluh Budiman

Tuesday 31 January 2017

PERSEMBAHAN ZAPIN DAN SILAT BERSEMPENA LAWATAN KERJA RASMI YB DATO SRI DR.HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR DI INSTUN

24 JAN - Pasukan Penari Zapin dan Pesilat Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, telah diundang untuk menjayakan Program Lawatan Kerja Rasmi YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) di Institut Tanah dan Ukur Negara. Seramai 18 orang murid berserta 3 orang guru telah sama-sama menjayakan program ini. Kelincahan penari dan pesilat SKTM berjaya memukau dan dikagumi oleh YB Dato Sri. Moga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan lagi, dan menjadi medan yang baik untuk murid lebih berani beraksi di pentas yang lebih besar selepas ini. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak INSTUN atas peluang yang telah diberikan ini.

Sunday 22 January 2017

LAMBAIAN KASIH EN SAHARIDUN DAN EN FAIRUZ SERTA MAJLIS POTLUCK HARI LAHIR GURU DAN STAF BULAN JANUARI

20JAN - Hari yang penuh dengan air mata buat warga SK Tanjong Malim, apabila kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi dan komited sepanjang berada di sekolah ini. En Saharidun A.Rani telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum dan akan memulakan tugas sepenuhnya pada minggu hadapan di Sekolah Kebangsaan Proton City. Cikgu Fairuz pula, yang baru 3 minggu di sekolah ini pula bertukar ke SK Bikam disebabkan perjalanan rumah ke sekolah ini agak jauh. Sekelip mata sekolah ini kehilangan 2 orang guru lelaki, dimana sekolah ini amat ketandusan guru lelaki. Walaupun agak berat untuk melepaskan, namun demi anak bangsa tercinta kami warga SKTM redha atas perpisahan ini. Namun, walau jauh dimata tetapi kalian tetap dekat dihati. Selepas ucapan perpisahan, guru dan staf menikmatai hidangan potluck dan sesi memberi hadiah hari lahir Januari telah dijalankan oleh BAKES.

Tuesday 17 January 2017

Perjumpaan Pegawai Fasilinus BM dan BI PPD Batang Padang bersama guru linus

17 JAN - Hari ini sekolah menerima kunjungan 2 orang Pegawai Fasilinus iaitu En Husaini (BM) dan Pn Idawati (BI) untuk berbincang dan melihat perkembangan murid-murid linus SK Tanjong Malim. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan ini, dan berharap agar kunjungan seperti ini mampu membantu anak-anak linus SKTM untuk keluar daripada kepompong linus dan masuk ke kelas murid perdana kembali.

Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 bersama Barisan Guru Tahun 6 SKTM 2017

14 JAN - Satu perjumpaan AJK Permuafakataan Ibu Bapa Tahun 6 bersama barisan Guru Tahun 6 telah diadakan di bilik Muallim SKTM jam 9.00 pagi. Majlis itu telah dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6, En Zulkifli Mohammad bin Ismail. Pada majlis tersebut telah dibincangkan mengenai Program Kem Mujahaddah UPSR 2017 SKTM Kerjasama Masjid Jamek Tanjong Malim. Kem ini dijangka akan diadakan selama 3 hari 2 malam, bemula 10 -12 Febuari 2017 di Diamond Creek dan INSTUN. Disamping itu, telah diadakan majlis suaikenal ibu bapa dan guru tahun 6.Pada majlis tersebut juga semua ahli telah dikejutkan dengan kehadiran Dato Khizri. Moga segala perancangan yang telah diaturkan akan memantapkan lagi persediaan anak-anak SKTM untuk bertempur di medan perjuangan UPSR September nanti.