Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Wajah Pendidik SK Tanjong Malim
Pusat Sumber Suluh Budiman

Wednesday 8 February 2017

UJI RINTIS DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KSSR (SEMAKAN 2017) TAHUN 3

6 FEB - Hari ini, sekolah telah menerima kedatangan dua orang Penolong Pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya iaitu En Mohd Ali Henipah bin Ali dan En Kumaresan a/l Subramaniam. Kehadiran kedua pegawai ini untuk menjalankan Uji Rintis DSKP Tahun 3 di sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, merupakan antara sekolah yang terpilih dalam menjalankan uji rintis ini. Kehadiran kedua pegawai ini sangat dialukan untuk bersama-sama berkongsi idea untuk memantapkan lagi proses pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah ini.

Monday 6 February 2017

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN WATIKAH PERLANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SK TANJONG MALIM SESI 2017

6 FEB - Hari ini berlangsung dua program besar peringkat sekolah. Pelancaran Program Jom Kesekolah telah dirasmikan oleh Koperal Nor Azman Shah bin Abdul Jalil (Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Muallim, Perak) dan Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Sekolah yang telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, Puan Azuraniza bt Abu Samah. Majlis ini turut diraikan oleh Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah iaitu En Mohd Halmi bin Miswan. Majlis telah berlangsung dengan meriah apabila sebuah tabung aduan murid dilancarkan. Murid-murid boleh membuat sebarang aduan mengenai tingkah laku kawan-kawan mereka, untuk pemerhatian guru seterusnya guru boleh mengambil tindakan yang sewajarnya jika aduan tersebut adalah benar. Melalui peti aduan ini, diharapkan masalah disiplin dikalangan murid dapat dibanteras dari akar umbi lagi.

Saturday 4 February 2017

SESI LATIHAN PASUKAN DRUMLINE SKTM KALI-1

1 FEB- Hari ini telah berlangsung buat julung kalinya latihan Pasukan Drumline SKTM. Pasukan ini baru saja ingin ditubuhkan sebagai salah satu langkah untuk mencungkil bakat-bakat kecil murid-murid SKTM. Pasukan ini telah mendapat sokongan yang cukup padu daripada Tuan Guru Besar SKTM Puan Azuraniza bt Abu Samah. Pasukan Drumline pada hari ini, menerima kunjungan Penasihat Utama Yang Mulia Raja Azuan Nahar Pensyarah UPSI, Saudara Syakir dan Saudara Adi pelajar Diploma Muzik UPSI. Moga kerjasama yang dijalin ini akan menghasilkan satu pasukan Drumline yang hebat bukan sahaja di Tg Malim, malah hingga ke peringkat antarabangsa kelak.InshaAllah...