Wajah Pendidik SK Tanjong Malim

Wajah Pendidik SK Tanjong Malim
Pusat Sumber Suluh Budiman

Wednesday 3 April 2013

Program NILAM bersama Panatia Sains




Alhamdulillah sepanjang minggu ini Panatia Sains sekolah mengambil ruang untuk program bacaan NILAM. Moga usaha ini diteruskan oleh panatia lain, untuk menarik lagi ramai murid membaca buku.

Tuesday 2 April 2013

Mahasiswa/i UPSI bersama dengan Penyelaras NILAM dan murid SKTM

Sekitar jam 12.00 tengahari tadi, PSS sekolah menerima kunjungan beberapa orang penuntut dari UPSI, yang ingin menemuramah mengenai program NILAM. Cikgu Azman selaku penyelaras NILAM telah menerima kunjugan dan menjawab segala persoalan yang telah diajukan.

Sekitar Aktiviti NILAM bulan Jan-Mac 2013

 Aktiviti nyanyian dan gerakan
 Murid khusyuk membaca buku dan merekod nilam
 Tazkirah bersama Ustazah Junaidah
Kisah Nabi bersama Ustaz Salleh


Gambar antara aktiviti NILAM yang sempat dijalankan sekitar bulan Januari-Mac 2013...Moga usaha kita berterusan bagi menarik lebih ramai lagi murid SKTM membudayakan buku dalam kehidupan seharian....insyallah....

Kepentingan Amalan Membaca


'Membaca jambatan ilmu',itulah ayat yang sering kita dengar sama ada di kaca televisyen mahupun di corong-corong radio.Amalan membaca merupakan amalan yang sangat mulia. Bahkan,Islam sendiri menggalakkan umatnya membaca.Hal ini dapat dibuktikan melalui penurunan surah Al-Alaq yang menyeru manusia supaya membaca.Kita digalakkan membaca kerana membaca mempunyai banyak kelebihan dan faedah yang berguna kepada kita.
Antara kelebihan membaca ialah kita dapat mengetahui sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.Sebagai contoh,apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara,kita disarankan membaca kerana membaca dapat meluaskan pengetahuan kita.Daripada sifar maklumat,kita dapat menjadi seorang yang hebat dalam maklumat tersebut.Secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping mengembangkan minda supaya lebih bermaklumat.
Melalui pembacaan juga,kita dapat meningkatkan perbendaharaan kata .Penguasaan kosa kata yang tinggi memberikan bonus kepada setiap individu yang membaca.Halini kerana penguasaan kota kata dapat memudahkan individu tersebut mengeluarkan hujah yang bernas ketika berbahas,berpidato mahupun menyampaikan syarahan.Selain dapat mematahkan hujah pihak lawan dengan efisien, peghujah juga dapat menarik minat para pendengar untuk terus setia mendengar hujahnya.Hal ini adalah suatu hal yang amat baik kepada penghujah tersebut.
Seterusnya,amalan membaca juga dapat mematangkan fikiran kita kerana dengan membaca, kita akan dapat mengetahui segala maklumat daripada seluruhpelosok dunia daripada sebesar zarah sehinggalah kepada maklumat yang paling besar.Malah,Isu semasa juga dapat dikuasai dalam waktu yang singkat sahaja hanya melalui pembacaan.Hal ini dapat mengelakkan diri kita daripada digelar bagai katak di bawah tempurung.

Pembacaan juga dapat mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk teknologi moden dan ciptaan daripada dunia luar.Sebagai tamsilan,kita boleh membaca mengenai kehebatan negara Jepun mencipta teknologi dengan tenaga dan keupayaan mereka sendiri.Apabia kita melihat dan mengkaji tentang teknologi daripada negara matahari terbit itu, sudah tentu kita akan dapat mencipta teknologi yang lebih hebat daripada teknologi mereka.Dengan berpandukan maklumat yang sedia ada, kita sudah pasti dapat mencipta sesuatu teknologi yang lebih terbaru dan tidak pernah dicipta oleh sesiapapun.Hal ini dapat melahirkan modal insan yang kreatif,inovatif dan berintegriti.
Wawasan 2020 yang bakal menjelang juga turut menekankan kepentingan ilmu.Bahkan,wawasan cetusan mantan perdana menteri yang keempat itu juga bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian.Tanpa ilmu,mustahil untuk negara kita mencapai wawasan tersebut.Namun,bagaimanakah kita hendak dapatkan ilmu?Sudah tentu dengan membaca.Hanya membaca sahaja dapat membongkar segala rahsia alam dan isi kandungannya.Seperti kata pepatah,membaca adalah nadi ilmu.
Tuntasnya, amalan membaca dapat menyumbangkan pelbagai ilmu yang bervariasi kepada para pembaca merangkumi semua aspek ilmu.Dengan membaca,segala persoalan dalam dijawab.Membacalah kunci kepada segala ilmu.Oleh itu,generasi muda pada hari ini hendaklah mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan mereka agar generasi berilmu dan berminda kelas pertama dapat dijana sesuai dengan pepatah yang mengatakan, remajalah pencorak kegemilangan sesebuah tamadun, dan kegemilangan sesebuah tamadun itu bermula daripada pembacaan.

Selamat Hari Lahir Kak Salbiah.....

Meraikan ulang tahun kelahiran PK KOKO yang tersayang..... Warga SKTM sayang kak Salbiah Ismail...

Penganugerahan NILAM bulan Februari 2013




Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berjaya membaca buku dan menulis buku NILAM terbanyak bulan Februari 2013. Moga lebih ramai lagi, anak didik SKTM  akan menjadikan buku sebagai teman rapat mereka. Keputusan murid paling banyak membaca bulan Mac akan diumumkan pada minggu hadapan....TUNGGU!!!!!!!

Monday 1 April 2013

Syukran....Langkah bermula detik ini...


Alhamdulillah....syukran Ya Allah....diberi kesempatan untuk menghasilkan blog pusat sumber...Moga hari ini menjadi titik permulaan untuk Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, melangkah lebih cmerlang gemilang dan terbilang...amin...